MAC 2025

Premier Sarawak Terima Kunjungan Hormat Pesuruhjaya Tinggi New Zealand Dan Perwakilan World Economic Forum


KUCHING, 18 Mac – Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, hari ini menerima dua kunjungan hormat di Pejabat Premier Sarawak, Wisma Bapa Malaysia.

Kunjungan pertama adalah daripada Pesuruhjaya Tinggi New Zealand ke Malaysia, Komisioner H.E. Micheal Wehi Mailetonga Walsh. Pertemuan ini bertujuan memperkukuh hubungan dua hala antara Sarawak dan New Zealand, termasuk dalam bidang ekonomi, pendidikan, serta tenaga.

Kunjungan kedua adalah dari perwakilan World Economic Forum yang diketuai Ketua Asia Pacific dan Pengurus Negara Malaysia untuk World Economic Forum, Shaun Adam. 

Perbincangan dalam sesi ini memberi tumpuan kepada peluang kerjasama dalam bidang ekonomi hijau,dan pembangunan mampan sejajar dengan aspirasi Sarawak.